Ais Krim Oh Ais Krim!....
Semestinya menjadi pujaan hati anak-anak kecil. Selalunya kalau nak makan ais krim, mesti cari kat BR.. kat situ layan habisss ais krimmm...
Saya memang teringin nak buat ais krim "homemade". Ada yang kata perlu letak telur, ada yang kata perlu letak ovalette.. Ohhhh...
Saya google di you tube.... cari punya cari, ada banyak video yang ajar cara-cara buat ais krim dengan mudah. Hanya guna 3 bahan sahaja : Susu pekat manis, serbuk koko dan juga whipping cream.. Dah cuba buat, dan hasilnya boleh la... rasa coklat tu macam kurang sedikit...
Resepi di bawah ini adalah hasil dari eksperimen yang saya buat, hahaha...dah rasa macam di 'lab' pulak..rindunya nak masuk 'lab'...
Chocolate Peanut Butter Ice Cream
60 g coklat masakan ( cooking chocolate )
90 g coklat masakan gelap ( dark cooking chocolate )
210 g susu pekat manis ( condensed milk )
3 sudu besar serbuk koko ( cocoa powder )
1 sudu besar sebuk koko gelap ( dark cocoa powder )
280 ml Non-Dairy Whipping Cream
300 g - 400 g peanut butter kasar dan halus
Cara-caranya :
1) Cairkan coklat masakan ( coklat dan gelap ) - cairkan dengan gunakan kaedah 'double boiler' ya...
2) Tambahkan serbuk koko ( coklat dan gelap) dan juga susu pekat manis ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
3) Kacau hingga sebati.
4) Masukkan Non-Dairy Whipping Cream ke dalam bekas stand-mixer ( boleh juga gunakan hand-mixer ).
5) Pukul Non-Dairy Whipping cream sehingga kental dan terbentuk 'soft peaks'.
6) Masukkan sedikit whipping cream (yang telah dipukul) ke dalam adunan coklat masakan.
7) Kacau hingga sebati.
8) Tuangkan adunan ke dalam baki whipping cream (yang ada dalam bekas stand mixer).
9) Kacau hingga rata dan sebati.
10) Boleh tambahkan peanut butter (halus/kasar) jika anda suka.
11) Simpan dalam bekas dan letakkannya di dalam freezer sekurang-kurangnya selama 6 jam atau semalaman jika nak ais krim jadi lebih keras dan lebih sedap lagi bila dimakan.
'ILMU itu adalah MILIK ALLAH'
Oh! Indulgence cake....
Pertama kali buat kek Strawberry Hershey's Choc Indulgence ni. Banyak step dan memang renyah sangat-sangat. Syukur Alhamdulillah, walaupun rupa parasnya dan jugak rasanya tak berapa nak serupa dgn Choc Indulgence SR...tapi mungkin ada rasa sikit-sikit kot. Dan yang pasti, anak-anak saya suka.. suami terchenta pun suka jugakk.
Idea utk buat kek Strawberry Choc Indulgence ni timbul bila saya terlihat gambar kek yg "mengancam" ni di blog kak azlita masam manis www.azlitamasammanis.com . Mesti ramai yang dah kenal dengan kak azlita ni kan.. So, silalah intai-intai resepi ni di blog kak azlita ni ye!
Untuk kek Strawberry Hershey's Choc Indulgence ni, saya ubah resepinya ikut citarasa saya dan juga citarasa anak-anak saya. Anak-anak saya sangat gemarkan kek coklat!
STRAWBERRY HERSHEY'S CHOC INDULGENCE
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 4 keping Hershey's Choc Cake : anda boleh cuba resepinya di website HERSHEY'S Kitchens
2) Chocolate Cream Cheese
3) Strawberry Cream Cheese
4) Belgian Choc Ganache
5) Dark Chocolate Ganache for glazing cake
6) White Choc Ganache for glazing cake
Untuk Hershey's Choc Cake di atas ni, saya gunakan loyang kek bersaiz 7 inchi sebanyak 4 loyang kerana tak perlu potong 4 lapisan selepas dibakar.
Tipsnya : Untuk mendapatkan permukaan kek yang tidak merekah di atasnya, pastikan suhu pembakaran kek tidak terlalu tinggi.. anggaran lebih kurang 130C - 140C selama 15 ke 20 minit ( bergantung pada oven masing-masing ya.. )
Di sini saya kongsikan resepi :
- Dark Choc Ganache dan White Choc Ganache utk glaze dan drizzle atas cake.. ( jgn marah ye.. campur omputih sikit2).
Chocolate Cream Cheese
175 g gula aising ( diayak )
30 g Hershey's Cocoa Powder ( Natural Unsweetened )
250 g Cream Cheese ( saya guna : Tatura Cream Cheese )
125 g Salted Butter
1 sudu teh esen vanilla
1) Dalam bekas pemutar, pukul cream cheese dan salted butter. Pastikan kedua-duanya berada pada suhu bilik ( room temperature ).
2) Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
3) Masukkan cocoa powder yang telah diayak dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya!
4) Masukkan pula gula aising yang telah diayak dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya! Bila adunan dah sebati, baru tukarkan kelajuan mixer ke sederhana atau tinggi..
Strawberry Cream Cheese
100 g gula aising ( diayak )
135 g Yogurt Strawberry ( Low fat yogurt )
Beberapa biji buah Strawberry ( dihancurkan dan dilenyek-lenyekkan ) - optional
250 g Cream Cheese ( saya guna : Tatura Cream Cheese )
125 g Salted Butter
1 sudu teh esen vanilla
1) Dalam bekas pemutar, pukul cream cheese dan salted butter. Pastikan kedua-duanya berada pada suhu bilik ( room temperature ).
2) Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
3) Masukkan yogurt strawberry dan buah strawberry ( yang telah hancur )dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya!
4) Masukkan pula gula aising yang telah diayak dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya! Bila adunan dah sebati, baru tukarkan kelajuan mixer ke sederhana atau tinggi..
Proses untuk layer kek :
Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian untuk setiap lapisan
1) Ambil sedikit choc cream cheese dan ratakan pada papan lapik kek
2) Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas papan lapik kek
3) Letakkan separuh bahagian strawberry cream cheese
4) Dan ratakan
5) Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas strawberry cream cheese yang telah diratakan tadi
6) Letakkan 1/2 bahagian choc cream cheese dan ratakan
7) Letakkan 1 lapis lagi kek coklat, letakkan baki strawberry cream cheese dan ratakan
8) Letakkan kek coklat yang terakhir
9) Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki choc
cream cheese hingga rata ke seluruh kek, kemaskan.
Kek yang telah di salut krim ini di simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang selama 8 jam untuk mendapatkan hasil kek yang cantik bila di potong nanti.
Bila kek dah siap, bolehlah kita siapkan Chocolate Ganache untuk di salutkan pada bahagian luar kek.
Belgian Chocolate Ganache
250 g krim ( Whipping Cream 35% fat )
400 g Belgian Chocolate (Belgian Choc + Belgian Dark Choc)
30 g mentega
1 sudu besar Nutella - optional
sedikit Organic Salt atau Organic Sea Salt - optional
1) Didihkan krim hingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
2) Tuangkan ke dalam bekas yang berisi Belgian Coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.
3) Masukkan mentega dan gaul sempurna
4) Tambahkan Nutella jika ingin rasa ganache yang lebih enak.
5) Boleh juga taburkan sedikit organic salt atau sea salt - optional
6) Sejukkan.
Kek yang telah set (yang telah disimpan semalaman di dalam peti ais atau paling kurang selama 8 jam), disalut dengan Belgian Choc Ganache menggunakan teknik sapuan seperti gambar di atas.
Pastikan Choc Ganache tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat atau keras untuk memudahkan anda melakukan proses melepa kek (salut kek)..
Anda juga kena pastikan kek anda betul-betul keras ( semalaman di dalam peti ais) supaya bila anda sapukan Choc Ganache, krim di dalam kek tidak mengikut atau tertarik keluar.
Salut kek hingga mendapat permukaan yang licin. Selepas itu simpan semula kek di dalam peti ais selama 30 minit - 1 jam sebelum kek di dekorasi dengan kreativiti masing-masing.
Dark Chocolate Ganache for glazing cake
100 g krim ( Whipping Cream 35% fat )
60 g dark chocolate ( coklat gelap )
5 g mentega
1) Didihkan krim hingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
2) Tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat gelap.
3) Kacau rata sehingga coklat larut sepenuhnya.
4) Tambahkan mentega.
5) kacau hingga adunan licin dan berkilat
6) Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan coklat ganache terlebih dahulu ( Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik ).
White Chocolate Ganache for glazing cake
90 g krim ( Whipping Cream 35% fat )
40 g white chocolate ( coklat putih )
4 g mentega
1) Didihkan krim hingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
2) Tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat putih.
3) Kacau rata sehingga coklat larut sepenuhnya.
4) Tambahkan mentega.
5) kacau hingga adunan licin dan berkilat
6) Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan coklat ganache terlebih dahulu ( Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik ).
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh WhatsApp sahaja di 012-361 4741 .
Tempahan hanya untuk kawasan sekitar Lembah Klang/ Shah Alam sahaja.
Tiada servis penghantaran. Tempahan boleh dibuat 2 minggu awal..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....
Ada sesiapa kat luar sana yang suka durian? Ruginya kalau ada yang tak gemar durian. Saya ni memang suka sangat-sangat dengan 'Raja Buah' durian. Kalau durian tu simpan dalam peti ais dan makan masa durian tu sejuk, lagi la terangkat sedapnya... perrghhhh!!!
Ada rakan-rakan kat Fb minta buatkan Durian Crepe ni.. hati macam berbelah bagi nak buat sebabnya memang susah nak jumpa dengan si durian sekarang ni...Lagi pun sekarang rasa-rasanya bukan musim durian.
|
Durian XO |
|
Durian Musang King |
Durian Crepe ni dah lama dah popular.Dah banyak resepi ada di merata-rata blog sekarang ni. Saya pun sebenarnya dah beberapa kali cuba. Tak susah pun... senang aje nak buat.
Hanya perlukan kuali leper (non stick pan) yang bersaiz kecil : diameter lebih kurang 20cm, 5 jenis tepung, telur, gula, mentega/minyak jagung, esen vanilla, susu cair dan air aje.... 5 jenis tepung???.... banyaknya guna tepung.... rahsianya, supaya kulit crepe tu jadi lembut dan tidak mudah koyak... tapi pastikan kulitnya crepe tu nipis ya!
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
20 gram tepung gandum/tepung superfine
10 gram tepung ubi kayu ( Tapioca Flour )
10 gram Potato Starch
10 gram tepung kastard
10 gram tepung jagung
1 biji telur gred A
1 sudu besar gula caster atau gula aising
1 sudu besar minyak jagung atau mentega cair
1 sudu kecil esen vanilla
80 ml susu cair
110 ml air
pewarna kuning atau pewarna hijau ( optional )
Cara-cara membuatnya:
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata dengan menggunakan whisker
Kemudian tapis (pastikan adunan tidak terlalu berbuih ya...)
1) Sediakan kuali leper (non stick pan) saiz kecil untuk membuat crepe, diameter lebih kurang 20cm
2) Panaskan hingga kuali benar-benar panas
3) Kemudian kecilkan api
4) Tuangkan lebih kurang satu sudu besar ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
5) Adunan tak perlu di balikkan
6) Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
7) Buat sehingga habis
8) Biarkan sejuk
DURIAN FILLING :
Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya - kalau nak sedap, guna Durian Musang King.. atau D24 pun boleh jugak.. (biasanya saya letak dalam 15 gram ke 20 gram isi durian untuk satu crepe)...
Cara-cara membuatnya:
1) Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
2) Pisahkan isi durian dari bijinya, Lumatkan sedikit
3) Bentangkan 1 keping crepe
4) Letakkan Whipping Cream di tengahnya
5) Letakkan isi durian
6) Tutupkan semula dengan Whipping Cream
7) Lipatlah crepe
8) Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
9) Enak di hidangkan dingin