The Bittersweet
  • Home
  • About
  • Conversion
  • Recipe Archive
  • Cake Decoration
  • Inspiration
  • Advertorial
Kali ni saya nak share pulak resepi Cucur Jagung dan Kuah Kacang yang mudah sangat nak buat. Resepi ni saya ambil dari ibu mertua saya. Sebenarnya cucur jagung ni sama aje macam cucur udang... tapi saya tukarkan, saya letak jagung manis dalam tin aje... kalau takde jagung, boleh jugak gantikan dengan ubi kentang yang telah direbus..

Cucur Ubi Kentang 

Cucur Jagung Manis

Cucur jagung ni memang kegemaran anak-anak saya, Harith dan Hannah. Mereka suka makan cucur jagung aje tanpa kuah kacang. Saya dan suami saya pulak memang suka sangat makan cucur jagung dengan kuah kacang. Cara nak buat kuah kacang ni amatlah mudah. Boleh lihat resepinya di bawah....

CUCUR JAGUNG MANIS

300 g tepung gandum
450 ml - 500 ml air
2 sudu teh yis (dilarutkan dengan sedikit air suam)
125 g jagung dalam tin *berat tanpa air (Sweet Kernel Corn - Kernel Jagung Manis)
(Boleh juga tukarkan jagung dalam tin kepada ubi kentang yang telah direbus - potong bentuk kiub2 kecil)
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh Kunyit Serbuk
1/2 sudu besar gula
Daun Bawang (jika ada)
Daun Kuchai (jika ada)




1) Masukkan air ke dalam tepung gandum, kacau sebati.
2) Larutkan yis dengan sedikit air suam.
3) Masukkan yis yang telah dilarutkan dengan air suam ke dalam bancuhan tepung gandum dan kacau sebati. Biarkan bancuhan seketika lebih kurang 15 - 30 minit atau hingga bancuhan nampak naik dan banyak gelembung udara.. ( Saya letak di tempat gelap : dalam oven )
4) Masukkan garam dan kunyit serbuk.
5) Masukkan pula gula secukup rasa.
6) Masukkan jagung dalam tin (jagung sahaja tanpa airnya ya..)
7) Masukkan daun kuchai dan daun bawang, kacau sebati. Sedia untuk digoreng.



KUAH KACANG

  Bahan Kisar :
450 g Kacang Tanah - digoreng dengan minyak hingga garing
10 tangkai Cili kering
7 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 biji Buah Keras
1/2 inchi Halia
1/2 inchi Belacan
-----------------------------------------------------------------------

110 g Gula Melaka
2 - 3 sudu besar Gula Merah
4 sudu besar Gula Pasir
Sedikit air Asam Jawa
Garam secukup rasa
6 sudu besar Minyak Masak untuk menumis


Goreng kacang tanah (digoreng dengan minyak ). Bawang merah, bawang putih, belacan, halia, buah keras dan cili kering digoreng sampai naik bau.
Kisar semua bahan-bahan di atas, *kacang tanah dikisar sekali dengan kulitnya... memang sangat mudah..
Bahan-bahan kuah kacang yang telah dikisar. Tumiskan ia hingga garing di dalam kuali bersama sedikit minyak masak. Tambahkan gula melaka, gula merah, gula pasir, air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ia sehingga jadi pekat seperti gambar di bawah.

Inilah hasilnya, kuah kacang yang boleh juga dimakan bersama nasi impit dan kuah lontong....mmmm, In Shaa Allah sedap...

 SELAMAT MENCUBA, ilmu itu adalah milik ALLAH..
Share on:
Online Shopping lagi....
Ini cerita tahun lepas. Saya memang suka online shopping, anda bagaimana?....



Saya akan beli secara online sekiranya item yang saya nak tu memang takde or susah cari di Malaysia. Jika item tu ada jual di Malaysia tapi harganya mahal, saya juga akan cuba beli secara online di negara lain.. tetapi bergantung pada nilai matawang jugak dan pada shipping charges yang dikenakan. Jika shipping chargesnya FOC, lagi melompatlah saya!!!




Kali ni saya beli pinggan mangkuk secara online terus dari Sweden iaitu di Scandinavian Design Center. Saya tak beli banyak pun.. testing aje, tak boleh beli banyak-banyak kerana harganya mahal..hehehe.. Lagipun pinggan ni saya guna untuk props amik gambar makanan. Jika guna pinggan yang cantik, makanan yang kurang sedap pun nampak sedap, betul tak?... In Shaa Allah sedap...."tepuk dada, tanya selera" haihhhh...


Antara jenama yang ada dijual secara online di Scandinavian Design Center ni adalah :  Marimekko, Brita Sweden, Ferm Living, Arabia, Rƶrstrand dan banyak lagi. Silalah browse di website www.scandinaviandesigncenter.com.

HAPPY ONLINE SHOPPING with Scandinavian Design Center!


Share on:
Syukur Alhamdulillah...
Dengan izin Allah, dapat jugak saya buat wajik sirat ni.. memang dah lama nak try buat wajik sirat, kerana wajik sirat ni adalah salah satu kegemaran saya sewaktu kecil hinggalah sekarang. Dulu saya selalu fikir, mesti susah nak buat wajik sirat ni.. belum cuba buat, belum tahu kemampuannya; Hendak seribu daya, taknak seribu dalih...


Minggu lepas saya cuba buat... cari resepinya di blog mereka yang ada buat...tapi hampa; tak banyak resepi wajik sirat ni. Ada jumpa beberapa aje..dan saya sudah pun cuba. Hampa sekali lagi kerana hasilnya tak menjadi. 

Cuba call emak saya di Melaka, emak saya pun berikan tips2 yang perlu saya buat.. walaupun emak saya kurang pasti berapa gram bahan-bahannya. Emak selalu tengok Arwah Moyang saya yang buat.. tapi dia tak pernah ambil tahu pasal resepinya. Tak mengapa, saya cuba.. "dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan"...


Tips nya : untuk belajar buat wajik sirat ni, cuba buat pada kuantiti yang sedikit dahulu ya!

WAJIK KESIRAT / WAJIK SIRAT

280 g Beras Pulut
**40 g Kerisik ( tak nak letak pun takpe.. )
115 g Gula Caster / Gula Pasir
100 g Gula Merah
55 g Gula Melaka
500 ml Santan Pekat ( saya guna Santan Kotak KARA dan Santan Kotak M&S )
125 ml Air
Sedikit Garam ( secukup rasa - jangan letak banyak sangat ya.. )
1 - 2 helai Daun Pandan ( jika ada )
Beberapa helai Daun Pisang ( jika ada )

  
1) Cuci beras pulut dan toskan. Biarkan seketika lebih kurang dalam 10 minit.
2) Sangai beras pulut tanpa minyak ( hingga keperangan dan garing ) lebih kurang 20 minit - 30 minit diatas api yang kecil.
3) Setelah disejukkan lebih kurang 30 minit ke 1 jam, kisar halus beras pulut tersebut (kisar paling halus).
*4) Campurkan kerisik ( jika mahu, tak nak letak pun takpe) kedalam beras pulut yang telah dikisar halus tadi. Ketepikan.


 5) Panaskan air dalam kuali, masukkan gula merah , gula melaka dan gula caster , kacau rata hingga semuanya larut dan mendidih. * letak daun pandan jika mahu...
6) Masukkan santan pekat.  Jangan lupa kacau sekali-sekala. Tambahkan sedikit garam, secukup rasa.
7) Kacau sekali-sekala . Gula dan santan jadi pekat dan likat (emak saya panggil " gula jadi kantinn"..) lebih kurang dalam masa 20 minit - 30 minit.
 Tips:
Keluarkan sedikit gula yang dah pekat dan likat tadi dan letak dlm mangkuk yg bersih. Tujuannya adalah supaya beras pulut yang akan dimasukkan nanti tidak jadi terlalu lembik.
Jika adunan kering, boleh tambahkan gula pekat yang dikeluarkan sedikit tadi. Tambah gula pekat tersebut sedikit demi sedikit supaya wajik sirat tadi tidak terlalu lembik.


8) Masukkan beras pulut sedikit demi sedikit.
9) Kacau sebati sehingga tekstur menjadi pejal lebih kurang 20 minit - 30 minit, pastikan api jangan terlalu kuat ya!




 10) Sejukkan seketika lebih kurang dalam 10 minit. Boleh dibentuk menggunakan acuan ikut citarasa masing-masing.



 SELAMAT MENCUBA!

Kepada yang ingin membuat tempahan boleh WhatsApp sahaja  di 012-361 4741 .


Tempahan hanya untuk kawasan sekitar Lembah Klang/ Shah Alam sahaja. 


Tiada servis penghantaran. Tempahan boleh dibuat 2 minggu awal..

Share on:
Assalamualaikum ....

Syukur Alhamdulillah, kita dah pun melangkah ke tahun 2015.. Terlalu pantasnya masa berlalu... "TUA MENGEJAR KITA..."



Untuk kali ini, saya kongsikan resepi pulut kuning dan rendang daging untuk mereka2 yang sudi meluangkan masa membaca blog saya ni...
Pulut kuning ni memanglah kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Emak saya selalu buat pulut kuning bila tiba Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya AidilAdha. Rasa lemak pulut, warna pulak warna terang kuningg, cantik berkilat...alahaiii...

Resepi pulut kuning ni saya ambil daripada Azie Kitchen tapi saya olah sedikit resepi tersebut mengikut citarasa saya...

PULUT KUNING KUKUS

500 g  Beras Pulut Susu / Beras Pulut
3 keping Asam Keping
1 sudu besar Kunyit Serbuk
2 cawan Santan Pekat (saya guna Santan KARA dalam kotak)
1 1/2 sudu teh garam
Daun Pisang ( jika ada )
Daun Pandan ( disimpul - jika ada )



1) Cuci beras pulut dan rendam dengan air.
2) Masukkan kunyit serbuk dan asam keping, gaul rata dan biarkan beras pulut tadi terendam selama 8 - 9 jam.
3) Selepas direndam selama 8 - 9 jam, keluarkan asam keping dan toskan beras pulut tadi. 
4) Masukkan garam ke dalam santan pekat. Masakkan seketika santan pekat ( supaya pulut tidak cepat basi ) - hati2 supaya jangan sampai pecah minyak ya!
5) Masukkan beras pulut yang telah ditoskan ke dalam periuk kukus yang telah dilapikkan dengan daun pisang ( jika ada ) dan letakkan daun pandan yang disimpul ( jika ada )  di atas beras pulut.
* Jangan lupa buatkan sedikit lubang di tengah-tengah periuk kukus/daun pisang ( jika anda gunakan daun pisang sebagai pelapik/alas dlm periuk kukus )
6)  Kukus selama 30 minit.
7) Bila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut ke dalam bekas yang lain.
8) Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga santan habis. Pulut digaul dengan santan sehingga sebati. Biarkan seketika antara 5 minit - 10 minit supaya pulut benar2 sebati.
9) Kukus semula pulut tadi selama 20 minit.
10) Bila sudah masak, balik-balikkan pulut dan jika tiada pulut yang mentah, boleh dialihkan pulut ke dalam bekas yang lain.
11) Selepas itu bolehlah tekan pulut yang telah masak ke dalam acuan ( jika anda mahukan pulut itu berbentuk ).




*Pulut Kuning biasanya dimakan bersama dengan kari daging/ayam..boleh jugak dimakan bersama rendang daging/ayam...kalau nak mudah lagi, boleh makan dengan serunding jugak ya! Anak2 saya gemar makan Pulut Kuning sahaja tanpa letak kari atau rendang....nngeeeee....



Resepi Rendang Daging pula saya ambil daripada Potret Kasih dan saya olah sedikit mengikut citarasa saya...

RENDANG DAGING
(Saya guna : Daging Batang Pinang, Alhamdulillah...memang lembut sangat dagingnya dan tak liat...)

1 kg Daging Batang Pinang ( Daging Biasa pun boleh jugak )
 3 batang Serai ( diketuk sahaja )
25 g serbuk kari daging ( 1 peket kecil )
50g Gula Melaka
3 Asam Keping
150 g Kerisik
Sedikit Air Asam Jawa
4 helai Daun Kunyit 
1 Liter Santan Kotak ( Saya gunakan Santan M&S)
Garam secukup rasa
5 sudu besar Minyak Jagung 

Bahan-bahan untuk dikisar
5 tangkai Cili Kering
20 biji Cili Padi
20 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Belacan
1 kiub Ikan Bilis 
1 inchi Lengkuas
1 1/2 inchi Halia
1 1/2 inchi Kunyit Hidup
4 Bunga Lawang
3 Bunga Cengkih
2 batang Kulit Kayu Manis
Sedikit Jintan Manis, Jintan Putih dan Ketumbar
5 batang Serai 

Bahan-bahan untuk dikisar

1) Perapkan seketika daging bersama dengan bahan2 yang telah dikisar, lebih kurang dalam 30 minit.
2) Gunakan kuali yang besar. Tuangkan minyak jagung.
3) Masukkan daging dan kesemua bahan2 kisar, serai yang di ketuk, serbuk kari daging ( yang telah di campurkan dengan sedikit air ) dan gula melaka.
4) Bila dah mendidih, baru masukkan santan.
5) Masak dengan api yang perlahan, kacau2 selalu hingga kuah jadi pekat.
5) Masukkan asam keping dan kerisik. Tambahkan sedikit air asam jawa. Kacau rata. Taburkan hirisan daun kunyit.. *jika nak letak daun limau purut pun boleh jugak...
6) Tambahkan garam secukup rasa.
7) Kacau sehingga menjadi rendang yang betul2 kering. ( Anggaran masa yang diambil untuk masak rendang daging ni : dalam 1 setengah jam - 2 jam )...

Rendang Dagingku yang hampir pekat....



Rendang Daging Batang Pinang dan Pulut Kuning untuk PUTRA RAYQAL..


Rendang Daging Batang Pinang dan Pulut Kuning untuk PUTRA RAYQAL sempena Hari Lahirnya yang ke 6 Tahun.. SELAMAT HARI LAHIR...

Terima Kasih pada Kak Wan Hamsiah , instagram : @onehamsiah , kerana sudi order pulut kuning ni dari saya.

Kepada yang ingin membuat tempahan boleh WhatsApp sahaja  di 012-361 4741 .
Tempahan hanya untuk kawasan sekitar Lembah Klang/ Shah Alam sahaja. 
Tiada servis penghantaran. Tempahan boleh dibuat 2 minggu awal..
Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →

Search This Blog

Nuffnang

  • Hi, I'm Norazlina. I am a mother of 2 kids. Baking and Photography are my passion.
  • In this blog, I will do to share with all the readers about the recipes that I have tried, though none are originally mine, probably adaptations but have been improved by me that I collected over the years. Hope that all the readers will enjoy all the things that I shared.
    Jazakillahu Khayran I Thank you I Terima Kasih I Gracias I Xie Xie I Arigato I Merci beaucoup I Makasih ya I Grazie mille I nandri

Norazlina AG

Founder of The Bittersweet Home Bakery (Malaysia)
facebook Page Twitter Gplus RSS Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube

My Instagram

Blog Archive

  • ▼  2015 (6)
    • ►  March (2)
    • ▼  January (4)
      • CUCUR JAGUNG MANIS & KUAH KACANG
      • ONLINE SHOPPING Scandinavian design & home decor D...
      • WAJIK KESIRAT / WAJIK SIRAT
      • PULUT KUNING dan RENDANG DAGING
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (5)
    • ►  November (5)

My Favourite Blogs

  • Azie Kitchen
    Makan Makan Di Camden Market
  • Comments on: Blog
    JalapeƱo Popper Corn Salad Recipe
  • Cookies and Cups
    Blueberry Buckle
  • LEBANESE RECIPES
    Lamb Kofta Kebabs and Three Quinoa Tabbouleh
  • Foodie Baker
    Marble Cake [egg-separation method]
  • Potret Kasih
    Hello world!
  • Perniagaan, Kewangan & Motivasi
    4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • QL Kitchen » Languages » English
    Tamagoyaki
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
  • Eugenie Kitchen
    Valentine Nutella Strawberry Chocolate Recipe
  • The Bittersweet
    FRENCH MACARONS
  • Home Sweet Home
    Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
  • Recipe Box - Cake Style TV
  • Utama - Program Intensif Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial bersama Irfan Khairi
  • Nigella Lawson

Total Pageviews

latest posts
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
facebook Page Twitter Gplus RSS Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube

The Bittersweet

Home Bakery by Azlina Gani

Copyright (c) 2015 azlinaganibittersweet . Designed By Sora Templates and My Blogger Themes. Powered by Blogger.