Syukur Alhamdulillah...
Dengan izin Allah, dapat jugak saya buat wajik sirat ni.. memang dah lama nak try buat wajik sirat, kerana wajik sirat ni adalah salah satu kegemaran saya sewaktu kecil hinggalah sekarang. Dulu saya selalu fikir, mesti susah nak buat wajik sirat ni.. belum cuba buat, belum tahu kemampuannya; Hendak seribu daya, taknak seribu dalih...
Minggu lepas saya cuba buat... cari resepinya di blog mereka yang ada buat...tapi hampa; tak banyak resepi wajik sirat ni. Ada jumpa beberapa aje..dan saya sudah pun cuba. Hampa sekali lagi kerana hasilnya tak menjadi.
Cuba call emak saya di Melaka, emak saya pun berikan tips2 yang perlu saya buat.. walaupun emak saya kurang pasti berapa gram bahan-bahannya. Emak selalu tengok Arwah Moyang saya yang buat.. tapi dia tak pernah ambil tahu pasal resepinya. Tak mengapa, saya cuba.. "dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan"...
Tips nya : untuk belajar buat wajik sirat ni, cuba buat pada kuantiti yang sedikit dahulu ya!
WAJIK KESIRAT / WAJIK SIRAT
280 g Beras Pulut
**40 g Kerisik ( tak nak letak pun takpe.. )
115 g Gula Caster / Gula Pasir
100 g Gula Merah
55 g Gula Melaka
500 ml Santan Pekat ( saya guna Santan Kotak KARA dan Santan Kotak M&S )
125 ml Air
Sedikit Garam ( secukup rasa - jangan letak banyak sangat ya.. )
1 - 2 helai Daun Pandan ( jika ada )
Beberapa helai Daun Pisang ( jika ada )
1) Cuci beras pulut dan toskan. Biarkan seketika lebih kurang dalam 10 minit.
2) Sangai beras pulut tanpa minyak ( hingga keperangan dan garing ) lebih kurang 20 minit - 30 minit diatas api yang kecil.
3) Setelah disejukkan lebih kurang 30 minit ke 1 jam, kisar halus beras pulut tersebut (kisar paling halus).
*4) Campurkan kerisik ( jika mahu, tak nak letak pun takpe) kedalam beras pulut yang telah dikisar halus tadi. Ketepikan.
5) Panaskan air dalam kuali, masukkan gula merah , gula melaka dan gula caster , kacau rata hingga semuanya larut dan mendidih. * letak daun pandan jika mahu...
6) Masukkan santan pekat. Jangan lupa kacau sekali-sekala. Tambahkan sedikit garam, secukup rasa.
7) Kacau sekali-sekala . Gula dan santan jadi pekat dan likat (emak saya panggil " gula jadi kantinn"..) lebih kurang dalam masa 20 minit - 30 minit.
Tips:
Keluarkan sedikit gula yang dah pekat dan likat tadi dan letak dlm mangkuk yg bersih. Tujuannya adalah supaya beras pulut yang akan dimasukkan nanti tidak jadi terlalu lembik.
Jika
adunan kering, boleh tambahkan gula pekat yang dikeluarkan sedikit
tadi. Tambah gula pekat tersebut sedikit demi sedikit supaya wajik sirat
tadi tidak terlalu lembik.
8) Masukkan beras pulut sedikit demi sedikit.
9) Kacau sebati sehingga tekstur menjadi pejal lebih kurang 20 minit - 30 minit, pastikan api jangan terlalu kuat ya!
10) Sejukkan seketika lebih kurang dalam 10 minit. Boleh dibentuk menggunakan acuan ikut citarasa masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh WhatsApp sahaja di 012-361 4741 .
Tempahan hanya untuk kawasan sekitar Lembah Klang/ Shah Alam sahaja.
Tiada servis penghantaran. Tempahan boleh dibuat 2 minggu awal..
Assalamualaikum ....
Syukur Alhamdulillah,
kita dah pun melangkah ke tahun 2015.. Terlalu pantasnya masa berlalu... "TUA MENGEJAR KITA..."
Untuk kali ini, saya kongsikan resepi pulut kuning dan rendang daging untuk mereka2 yang sudi meluangkan masa membaca blog saya ni...
Pulut kuning ni memanglah kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Emak saya selalu buat pulut kuning bila tiba Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya AidilAdha. Rasa lemak pulut, warna pulak warna terang kuningg, cantik berkilat...alahaiii...
Resepi pulut kuning ni saya ambil daripada Azie Kitchen tapi saya olah sedikit resepi tersebut mengikut citarasa saya...
PULUT KUNING KUKUS
500 g Beras Pulut Susu / Beras Pulut
3 keping Asam Keping
1 sudu besar Kunyit Serbuk
2 cawan Santan Pekat (saya guna Santan KARA dalam kotak)
1 1/2 sudu teh garam
Daun Pisang ( jika ada )
Daun Pandan ( disimpul - jika ada )
1) Cuci beras pulut dan rendam dengan air.
2) Masukkan kunyit serbuk dan asam keping, gaul rata dan biarkan beras pulut tadi terendam selama 8 - 9 jam.
3) Selepas direndam selama 8 - 9 jam, keluarkan asam keping dan toskan beras pulut tadi.
4) Masukkan garam ke dalam santan pekat. Masakkan seketika santan pekat ( supaya pulut tidak cepat basi ) - hati2 supaya jangan sampai pecah minyak ya!
5) Masukkan beras pulut yang telah ditoskan ke dalam periuk kukus yang telah dilapikkan dengan daun pisang ( jika ada ) dan letakkan daun pandan yang disimpul ( jika ada ) di atas beras pulut.
* Jangan lupa buatkan sedikit lubang di tengah-tengah periuk kukus/daun pisang ( jika anda gunakan daun pisang sebagai pelapik/alas dlm periuk kukus )
6) Kukus selama 30 minit.
7) Bila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut ke dalam bekas yang lain.
8) Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga santan habis. Pulut digaul dengan santan sehingga sebati. Biarkan seketika antara 5 minit - 10 minit supaya pulut benar2 sebati.
9) Kukus semula pulut tadi selama 20 minit.
10) Bila sudah masak, balik-balikkan pulut dan jika tiada pulut yang mentah, boleh dialihkan pulut ke dalam bekas yang lain.
11) Selepas itu bolehlah tekan pulut yang telah masak ke dalam acuan ( jika anda mahukan pulut itu berbentuk ).
*Pulut Kuning biasanya dimakan bersama dengan kari daging/ayam..boleh jugak dimakan bersama rendang daging/ayam...kalau nak mudah lagi, boleh makan dengan serunding jugak ya! Anak2 saya gemar makan Pulut Kuning sahaja tanpa letak kari atau rendang....nngeeeee....
Resepi Rendang Daging pula saya ambil daripada Potret Kasih dan saya olah sedikit mengikut citarasa saya...
RENDANG DAGING
(Saya guna : Daging Batang Pinang, Alhamdulillah...memang lembut sangat dagingnya dan tak liat...)
1 kg Daging Batang Pinang ( Daging Biasa pun boleh jugak )
3 batang Serai ( diketuk sahaja )
25 g serbuk kari daging ( 1 peket kecil )
50g Gula Melaka
3 Asam Keping
150 g Kerisik
Sedikit Air Asam Jawa
4 helai Daun Kunyit
1 Liter Santan Kotak ( Saya gunakan Santan M&S)
Garam secukup rasa
5 sudu besar Minyak Jagung
Bahan-bahan untuk dikisar
5 tangkai Cili Kering
20 biji Cili Padi
20 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Belacan
1 kiub Ikan Bilis
1 inchi Lengkuas
1 1/2 inchi Halia
1 1/2 inchi Kunyit Hidup
4 Bunga Lawang
3 Bunga Cengkih
2 batang Kulit Kayu Manis
Sedikit Jintan Manis, Jintan Putih dan Ketumbar
5 batang Serai
|
Bahan-bahan untuk dikisar |
1) Perapkan seketika daging bersama dengan bahan2 yang telah dikisar, lebih kurang dalam 30 minit.
2) Gunakan kuali yang besar. Tuangkan minyak jagung.
3) Masukkan daging dan kesemua bahan2 kisar, serai yang di ketuk, serbuk kari daging ( yang telah di campurkan dengan sedikit air ) dan gula melaka.
4) Bila dah mendidih, baru masukkan santan.
5) Masak dengan api yang perlahan, kacau2 selalu hingga kuah jadi pekat.
5) Masukkan asam keping dan kerisik. Tambahkan sedikit air asam jawa. Kacau rata. Taburkan hirisan daun kunyit.. *jika nak letak daun limau purut pun boleh jugak...
6) Tambahkan garam secukup rasa.
7) Kacau sehingga menjadi rendang yang betul2 kering. ( Anggaran masa yang diambil untuk masak rendang daging ni : dalam 1 setengah jam - 2 jam )...
|
Rendang Dagingku yang hampir pekat.... |
|
|
|
Rendang Daging Batang Pinang dan Pulut Kuning untuk PUTRA RAYQAL.. |
|
Rendang Daging Batang Pinang dan Pulut Kuning untuk PUTRA RAYQAL sempena Hari Lahirnya yang ke 6 Tahun.. SELAMAT HARI LAHIR... |
Terima Kasih pada Kak Wan Hamsiah , instagram : @onehamsiah , kerana sudi order pulut kuning ni dari saya.
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh WhatsApp sahaja di 012-361 4741 .
Tempahan hanya untuk kawasan sekitar Lembah Klang/ Shah Alam sahaja.
Tiada servis penghantaran. Tempahan boleh dibuat 2 minggu awal..
Ais Krim Oh Ais Krim!....
Semestinya menjadi pujaan hati anak-anak kecil. Selalunya kalau nak makan ais krim, mesti cari kat BR.. kat situ layan habisss ais krimmm...
Saya memang teringin nak buat ais krim "homemade". Ada yang kata perlu letak telur, ada yang kata perlu letak ovalette.. Ohhhh...
Saya google di you tube.... cari punya cari, ada banyak video yang ajar cara-cara buat ais krim dengan mudah. Hanya guna 3 bahan sahaja : Susu pekat manis, serbuk koko dan juga whipping cream.. Dah cuba buat, dan hasilnya boleh la... rasa coklat tu macam kurang sedikit...
Resepi di bawah ini adalah hasil dari eksperimen yang saya buat, hahaha...dah rasa macam di 'lab' pulak..rindunya nak masuk 'lab'...
Chocolate Peanut Butter Ice Cream
60 g coklat masakan ( cooking chocolate )
90 g coklat masakan gelap ( dark cooking chocolate )
210 g susu pekat manis ( condensed milk )
3 sudu besar serbuk koko ( cocoa powder )
1 sudu besar sebuk koko gelap ( dark cocoa powder )
280 ml Non-Dairy Whipping Cream
300 g - 400 g peanut butter kasar dan halus
Cara-caranya :
1) Cairkan coklat masakan ( coklat dan gelap ) - cairkan dengan gunakan kaedah 'double boiler' ya...
2) Tambahkan serbuk koko ( coklat dan gelap) dan juga susu pekat manis ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
3) Kacau hingga sebati.
4) Masukkan Non-Dairy Whipping Cream ke dalam bekas stand-mixer ( boleh juga gunakan hand-mixer ).
5) Pukul Non-Dairy Whipping cream sehingga kental dan terbentuk 'soft peaks'.
6) Masukkan sedikit whipping cream (yang telah dipukul) ke dalam adunan coklat masakan.
7) Kacau hingga sebati.
8) Tuangkan adunan ke dalam baki whipping cream (yang ada dalam bekas stand mixer).
9) Kacau hingga rata dan sebati.
10) Boleh tambahkan peanut butter (halus/kasar) jika anda suka.
11) Simpan dalam bekas dan letakkannya di dalam freezer sekurang-kurangnya selama 6 jam atau semalaman jika nak ais krim jadi lebih keras dan lebih sedap lagi bila dimakan.
'ILMU itu adalah MILIK ALLAH'