The Bittersweet
  • Home
  • About
  • Conversion
  • Recipe Archive
  • Cake Decoration
  • Inspiration
  • Advertorial




Kek Lumut Sarawak lagi.... 
Kek Lumut yg di atas ni saya buat guna buttercup luxury spread (dlm tin gold) & tepung gandum. Pewarnanya pula saya guna jenama americolor (hijau + kuning) dan campur dgn air daun pandan.
Hasilnya, kek jadi gebusss sesangat. Tapi, rasanya sama macam kek marble biasa aje. Tekstur keknya tidak padat dan ia berminyak sedikit.




Kek Lumut yang diatas ni pula saya gunakan mentega yang berkualiti iaitu Tatura butter. Tepungnya pula saya gunakan Tepung Hong Kong ,Tepung Badam (Ground Almond) dan juga Horlicks. Hasilnya kek memang sedap, lembut, lembap dan tak rasa muak sangat kerana saya kurangkan sedikit kandungan Horlicks dan gantikan kandungan yg saya kurangkan tu kepada Tepung Badam (Ground Almond).




Kek Lumut Sarawak ni jugak sesuai untuk di buat hantaran pertunangan atau hantaran perkahwinan.



Kek Lumut ni pun sebenarnya boleh di bakar juga. Gambar di atas ni adalah kek lumut versi bakar. 
Contoh : Berat Adunan Kek Lumut 400g+-. Bakar guna api atas dan bawah selama 15 minit++ pada suhu 160°C, selepas itu bakar guna api atas sahaja selama 15 - 20 minit pada suhu 180°C.
Note : bergantung pd ketebalan kek / berat kek yang dibakar dan keadaan oven masing2...


Share on:
Assalamualaikum...

Ada sesiapa yang dah rasa Kek Lumut Sarawak? Biasanya kita selalu dengar Kek Lapis Sarawak aje...betul tak? Saya dapat tahu Kek Lumut Sarawak ni pun dari internet. Google dan taip aje Kek Lumut atau Kek Lumut Sarawak, mesti akan jumpa resepinya. 


Resepi ni saya tukar kepada unit gram untuk memudahkan saya yang dah biasa guna unit gram berbanding dari gunakan sukatan cawan.





Pertama kali buat kek lumut ni, saya gunakan butter yang mahal dan berkualiti (100% Pure Creamy Butter). Tekstur kek ini sangat2 padat, lembap (moist sangat2), lembut dan sangat sedap. Rasa pure butter tu memang terangkat abis!!

Bahan-bahan untuk buat kek lumut ni takdelah banyak sangat. Bahan-bahannya pun boleh beli di kedai2 runcit berdekatan dengan rumah. Tapi, kek lumut ni ambil masa yang lama untuk kukus. Untuk separuh adunan, ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk kukus. Untuk satu adunan pula, ambil masa lebih kurang 4 jam untuk kukus.




KEK LUMUT SARAWAK


Bahan-bahan ( Separuh Adunan )
 
250 g mentega/100% pure butter
95g - 100g Gula Caster
120g Tepung Gandum atau Tepung Hong Kong (teksturnya lebih halus) ~ diayak
120g horlicks
4 biji telur Gred A
35g susu pekat manis 
4 sudu besar seri kaya
1 sudu kecil Esen Vanilla
pewarna hijau secukupnya ( saya guna 25g++ Pewarna Pandan Paste Brand Koepoe Koepoe dan campurkan 4 titik pewarna kuning Brand Americolor )
*This recipe was made with : Bavaria Bundt Pan (Nordic Ware).

Cara membuatnya :

  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. 
  2. Griskan Loyang dengan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  3. Pukul mentega bersama gula caster hingga kembang dan berkrim (jadi warna putih susu ). Gunakan kelajuan maksima.
  4. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  5. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  7. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  8. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan loyang dgn kertas aluminium foil.
  9. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. 

**Jangan lupa untuk tambah air panas jika air dalam pengukus tu dah hampir kering. Biasanya setiap 40 minit saya akan tambah air, bergantung pada saiz pengukus yang digunakan.

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik ( baking powder atau pun baking soda ).


Share on:
 

Jom kita berpantun....  
Pantun kat bawah ni dinamakan  "Pantun Perkenalan"...

Sudah dipukal baung di lembah ,
Sayangnya kelah terlepas jala ,
Madah diungkap dan dipersembah ,
Dengan Bismillah saya bermula . 


Angkut-angkut di dinding perigi ,
Perigi di dusun Dato' Bentara ,
Lemah lembut sanjungan tinggi ,
Dalam pantun kita bicara .

Ok, lepas berpantun.... In Shaa Allah esok lusa barulah saya update gambar-gambar ya...


Share on:
  • Next Post →

Search This Blog

Nuffnang

  • Hi, I'm Norazlina. I am a mother of 2 kids. Baking and Photography are my passion.
  • In this blog, I will do to share with all the readers about the recipes that I have tried, though none are originally mine, probably adaptations but have been improved by me that I collected over the years. Hope that all the readers will enjoy all the things that I shared.
    Jazakillahu Khayran I Thank you I Terima Kasih I Gracias I Xie Xie I Arigato I Merci beaucoup I Makasih ya I Grazie mille I nandri

Norazlina AG

Founder of The Bittersweet Home Bakery (Malaysia)
facebook Page Twitter Gplus RSS Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube

My Instagram

Blog Archive

  • ▼  2015 (6)
    • ▼  March (2)
      • I SELL INSTANT SHAWL FOR KIDS
      • FRENCH MACARONS
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (10)
    • ►  December (5)
    • ►  November (5)

My Favourite Blogs

  • Azie Kitchen
    Sambal Tumis Sotong Kembang Dan Bab Anjing Liar
  • Cookies and Cups
    Chicken Enchilada Casserole
  • LEBANESE RECIPES
    Spinach and Cheese Stuffed Bread
  • Comments on: Blog
    Healthy Breakfast Sandwich Recipe
  • Foodie Baker
    Matcha Tiramisu with Berry Compote
  • Potret Kasih
    Hello world!
  • Perniagaan, Kewangan & Motivasi
    4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • QL Kitchen » Languages » English
    Tamagoyaki
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
  • Eugenie Kitchen
    Valentine Nutella Strawberry Chocolate Recipe
  • The Bittersweet
    FRENCH MACARONS
  • Home Sweet Home
    Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
  • Recipe Box - Cake Style TV
  • Utama - Program Intensif Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial bersama Irfan Khairi
  • Nigella Lawson

Total Pageviews

latest posts
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
facebook Page Twitter Gplus RSS Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube

The Bittersweet

Home Bakery by Azlina Gani

Copyright (c) 2015 azlinaganibittersweet . Designed By Sora Templates and My Blogger Themes. Powered by Blogger.