Kek Lumut Sarawak lagi....
Kek Lumut yg di atas ni saya buat guna buttercup luxury spread (dlm tin gold) & tepung gandum. Pewarnanya pula saya guna jenama americolor (hijau + kuning) dan campur dgn air daun pandan.
Hasilnya, kek jadi gebusss sesangat. Tapi, rasanya sama macam kek marble biasa aje. Tekstur keknya tidak padat dan ia berminyak sedikit.
Kek Lumut yang diatas ni pula saya gunakan mentega yang berkualiti iaitu Tatura butter. Tepungnya pula saya gunakan Tepung Hong Kong ,Tepung Badam (Ground Almond) dan juga Horlicks. Hasilnya kek memang sedap, lembut, lembap dan tak rasa muak sangat kerana saya kurangkan sedikit kandungan Horlicks dan gantikan kandungan yg saya kurangkan tu kepada Tepung Badam (Ground Almond).
Kek Lumut Sarawak ni jugak sesuai untuk di buat hantaran pertunangan atau hantaran perkahwinan.
Kek Lumut ni pun sebenarnya boleh di bakar juga. Gambar di atas ni adalah kek lumut versi bakar.
Contoh : Berat Adunan Kek Lumut 400g+-. Bakar guna api atas dan bawah selama 15 minit++ pada suhu 160°C, selepas itu bakar guna api atas sahaja selama 15 - 20 minit pada suhu 180°C.
Note : bergantung pd ketebalan kek / berat kek yang dibakar dan keadaan oven masing2...
0 comments