Ada sesiapa yang dah rasa Kek Lumut Sarawak? Biasanya kita selalu dengar Kek Lapis Sarawak aje...betul tak? Saya dapat tahu Kek Lumut Sarawak ni pun dari internet. Google dan taip aje Kek Lumut atau Kek Lumut Sarawak, mesti akan jumpa resepinya.
Resepi ni saya tukar kepada unit gram untuk memudahkan saya yang dah biasa guna unit gram berbanding dari gunakan sukatan cawan.
Pertama kali buat kek lumut ni, saya gunakan butter yang mahal dan berkualiti (100% Pure Creamy Butter). Tekstur kek ini sangat2 padat, lembap (moist sangat2), lembut dan sangat sedap. Rasa pure butter tu memang terangkat abis!!
Bahan-bahan untuk buat kek lumut ni takdelah banyak sangat. Bahan-bahannya pun boleh beli di kedai2 runcit berdekatan dengan rumah. Tapi, kek lumut ni ambil masa yang lama untuk kukus. Untuk separuh adunan, ambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk kukus. Untuk satu adunan pula, ambil masa lebih kurang 4 jam untuk kukus.
KEK LUMUT SARAWAK
Bahan-bahan ( Separuh Adunan )
250 g mentega/100% pure butter
95g - 100g Gula Caster
120g Tepung Gandum atau Tepung Hong Kong (teksturnya lebih halus) ~ diayak
120g horlicks
4 biji telur Gred A
120g horlicks
4 biji telur Gred A
35g susu pekat manis
4 sudu besar seri kaya
1 sudu kecil Esen Vanilla
pewarna hijau secukupnya ( saya guna 25g++ Pewarna Pandan Paste Brand Koepoe Koepoe dan campurkan 4 titik pewarna kuning Brand Americolor )
*This recipe was made with : Bavaria Bundt Pan (Nordic Ware).
- Sediakan pengukus. Didihkan air.
- Griskan Loyang dengan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Pukul mentega bersama gula caster hingga kembang dan berkrim (jadi warna putih susu ). Gunakan kelajuan maksima.
- Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
- Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
- Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
- Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan loyang dgn kertas aluminium foil.
- Kukuskan selama 2 jam 30 minit.
**Jangan lupa untuk tambah air panas jika air dalam pengukus tu dah hampir kering. Biasanya setiap 40 minit saya akan tambah air, bergantung pada saiz pengukus yang digunakan.
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik ( baking powder atau pun baking soda ).
0 comments