Cucur Ubi Kentang |
Cucur Jagung Manis |
Cucur jagung ni memang kegemaran anak-anak saya, Harith dan Hannah. Mereka suka makan cucur jagung aje tanpa kuah kacang. Saya dan suami saya pulak memang suka sangat makan cucur jagung dengan kuah kacang. Cara nak buat kuah kacang ni amatlah mudah. Boleh lihat resepinya di bawah....
CUCUR JAGUNG MANIS
300 g tepung gandum
450 ml - 500 ml air
2 sudu teh yis (dilarutkan dengan sedikit air suam)
125 g jagung dalam tin *berat tanpa air (Sweet Kernel Corn - Kernel Jagung Manis)
(Boleh juga tukarkan jagung dalam tin kepada ubi kentang yang telah direbus - potong bentuk kiub2 kecil)
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh Kunyit Serbuk
1/2 sudu besar gula
Daun Bawang (jika ada)
Daun Kuchai (jika ada)
1) Masukkan air ke dalam tepung gandum, kacau sebati.
2) Larutkan yis dengan sedikit air suam.
3) Masukkan yis yang telah dilarutkan dengan air suam ke dalam bancuhan tepung gandum dan kacau sebati. Biarkan bancuhan seketika lebih kurang 15 - 30 minit atau hingga bancuhan nampak naik dan banyak gelembung udara.. ( Saya letak di tempat gelap : dalam oven )
4) Masukkan garam dan kunyit serbuk.
5) Masukkan pula gula secukup rasa.
6) Masukkan jagung dalam tin (jagung sahaja tanpa airnya ya..)
7) Masukkan daun kuchai dan daun bawang, kacau sebati. Sedia untuk digoreng.
KUAH KACANG
Bahan Kisar :
450 g Kacang Tanah - digoreng dengan minyak hingga garing
10 tangkai Cili kering
7 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 biji Buah Keras
1/2 inchi Halia
1/2 inchi Belacan
-----------------------------------------------------------------------
110 g Gula Melaka
2 - 3 sudu besar Gula Merah
4 sudu besar Gula Pasir
Sedikit air Asam Jawa
Garam secukup rasa
6 sudu besar Minyak Masak untuk menumis
Goreng kacang tanah (digoreng dengan minyak ). Bawang merah, bawang putih, belacan, halia, buah keras dan cili kering digoreng sampai naik bau. |
Kisar semua bahan-bahan di atas, *kacang tanah dikisar sekali dengan kulitnya... memang sangat mudah.. |
Inilah hasilnya, kuah kacang yang boleh juga dimakan bersama nasi impit dan kuah lontong....mmmm, In Shaa Allah sedap... |
SELAMAT MENCUBA, ilmu itu adalah milik ALLAH..
0 comments