The Bittersweet
  • Home
  • About
  • Conversion
  • Recipe Archive
  • Cake Decoration
  • Inspiration
  • Advertorial

Saya memang gemar sangat dengan kuih Seri Muka ni atau dikenali sebagai Pulut Sekaya bagi mereka yang berasal dari Utara (Negeri Kedah). Kalau makan kuih ni, biasanya saya akan makan bahagian pulut dulu... bahagian atas tu akan makan lambat sikit supaya dpt 'feel' rasa santan ....

Biasanya selalu nampak kuih Seri Muka yang dikukus dalam bekas loyang. Tapi kali ni, disebabkan malas nak potong-potong... saya buat siap-siap dalam acuan lompang, supaya senang nak makan. 



Di atas ni adalah contoh pulut dan jagung dalam tin (yang telah dimasak guna periuk elektrik) dimasukkan ke dalam bekas acuan lompang yang kecil. Disebabkan terlalu rajin, pulut tu saya timbang setiap satu bekas.. anggaran dalam 18gram - 20gram untuk satu bekas acuan.

Selepas masukkan dan tekan pulut dan jagung (yang telah dimasak) ke dalam bekas acuan tu, barulah saya tuangkan bancuhan lapisan atas.Kemudian, masukkan ke dalam periuk kukus. 




Kuih Seri Muka ( Pulut Sekaya )

Bahan-bahan (anggaran untuk 45 bekas acuan lompang bersaiz kecil)  

Bahan-bahan untuk Lapisan Bawah :
400g beras pulut putih (di rendam selama 3 jam)
400g santan cair (sama dengan sukatan pulut) , saya gunakan santan dalam kotak brand KARA.
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan 

Cara-cara membuatnya:
  1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik, kemudian sapukan sedikit minyak masak di sekeliling Loyang.
  3. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
  4. Kemudian, tuangkan beras pulut. Santan dan pulut mestilah pada paras yang sama tinggi.
  5. Gaul sebati. (Boleh letakkan daun pandan untuk aroma pandan pada pulut )
  6. Kukus selama 45 - 50 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata. *Jika malas nak guna periuk kukus, boleh masak pulut guna periuk nasi elektrik.
  7. Selepas pulut/jagung dimasak, masukkan pulut/jagung ke dalam bekas acuan lompang yang bersaiz kecil (Sapukan acuan lompang dengan sedikit minyak/marjerin). Masukkan pulut anggaran dalam 18gram - 20 gram untuk setiap bekas acuan.
  8. Tekan pulut/jagung supaya jadi lebih padat.
Bahan-bahan utk Lapisan Atas :
430g santan pekat, saya gunakan santan dalam kotak brand KARA.
150ml air + 10 – 12 helai daun pandan ( dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
80g Tepung Gandum
14g Tepung Hoen Kwee (warna hijau)
100g gula caster
1 biji Telur Gred A
1 sudu teh garam

Cara-cara membuatnya :
  1. Pukul telur dan gula caster. (gunakan whisker)
  2. Masukkan tepung gandum, tepung hoen kwee (warna hijau), garam dan santan pekat.
  3. Selepas itu masukkan air pandan (150ml).
  4. Kacau sehingga rata dan sekata dengan menggunakan whisker.
  5. Tapis adunan tersebut untuk pastikan tiada bintilan dalam adunan.
  6. Kemudian tuangkan adunan ke atas pulut yang telah ditekan dalam bekas acuan lompang.
  7. Kukus semula selama 15-20 minit atau sehingga masak.
*Balut penutup periuk kukus dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik atas permukaan kuih.


Share on:
Entry kali ni saya nak share sikit tentang bab Online Shopping. Selalu tengok gambar makanan aje, so hari ni saya tukar lain tajuk pulak ya..

Sememangnya saya minat sangat-sangat dengan kerjaya saya sebagai home baker yang biasa-biasa aje...+ fotografer tak bertauliah dalam ambil gambar makanan. Hobi selainnya adalah "ONLINE SHOPPING". Tapi sebelum tu saya kena 'skodeng' dulu item yang saya nak beli tu berapa harganya, ada tak jual kat Malaysia, item tu boleh dibeli atau tidak ( diperbuat dari apa, jenis, harga dll ), dan yang paling penting berapa bajet yang saya ada.

Chiara Ferragni Official Online Store :  www.chiaraferragnicollection.com
                                                                 

Nak shopping kat Italy dan sekitar Europe, memang saya fikir berkali-kali nak pergi shopping di sana. Tepuk dada, tanyalah koceknya. Disebabkan saya memang minat sangat-sangat dengan item yang saya nak beli tu, saya berusaha sedaya upaya untuk cari website yang boleh dipercayai untuk saya online shopping terus dari Italy. Tapi.... yang geramnya bila item tu berbaloi harganya tapi nak bayar shipping fee + Malaysia custom tax la pulak. Haaaaihhhh...



Tiba-tiba saya 'terbaca' notification dari www.farfetch.com : Online Shopping with FREE SHIPPING FEE ( Worldwide shipping ). Wahh... apelagi, melompat la saya! Terus klik mana yang patut, dan item selamat dihantar dalam masa 5 hari selepas pembayaran dengan menggunakan servis DHL courier. Item yang kita beli tu rupanya dihantar terus dari butik di Italy ke Malaysia. Sebab itulah item sampai kurang dari satu minggu. www.farfetch.com ni adalah sebagai orang tengah antara penjual (butik di Itali) dengan pembeli.



So, pada sesiapa yang hobinya memang berminat dan berkemampuan untuk berOnline Shopping Designer Luxury Fashion for Men & Women,yang terkenal dan terkemuka di Europe dan malas nak tunggu lama jika kirim pada Personal Shoppers, bolehla browse di website www.farfetch.com .

HAPPY ONLINE SHOPPING!!
Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →

Search This Blog

Nuffnang

  • Hi, I'm Norazlina. I am a mother of 2 kids. Baking and Photography are my passion.
  • In this blog, I will do to share with all the readers about the recipes that I have tried, though none are originally mine, probably adaptations but have been improved by me that I collected over the years. Hope that all the readers will enjoy all the things that I shared.
    Jazakillahu Khayran I Thank you I Terima Kasih I Gracias I Xie Xie I Arigato I Merci beaucoup I Makasih ya I Grazie mille I nandri

Norazlina AG

Founder of The Bittersweet Home Bakery (Malaysia)
facebook Page Twitter Gplus RSS Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube

My Instagram

Blog Archive

  • ►  2015 (6)
    • ►  March (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (10)
    • ►  December (5)
    • ▼  November (5)
      • Kuih Seri Muka atau Pulut Sekaya
      • ONLINE SHOPPING direct from ITALY??....
      • Kek Lumut Sarawak lagi....
      • Kek Lumut Sarawak
      • Salam perkenalan.....

My Favourite Blogs

  • Comments on: Blog
    Quick Mango Iced Tea Recipe
  • Cookies and Cups
    Blueberry Buckle
  • Azie Kitchen
    Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London
  • LEBANESE RECIPES
    Lamb Kofta Kebabs and Three Quinoa Tabbouleh
  • Foodie Baker
    Marble Cake [egg-separation method]
  • Potret Kasih
    Hello world!
  • Perniagaan, Kewangan & Motivasi
    4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
  • QL Kitchen » Languages » English
    Tamagoyaki
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
  • Eugenie Kitchen
    Valentine Nutella Strawberry Chocolate Recipe
  • The Bittersweet
    FRENCH MACARONS
  • Home Sweet Home
    Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
  • Recipe Box - Cake Style TV
  • Utama - Program Intensif Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial bersama Irfan Khairi
  • Nigella Lawson

Total Pageviews

latest posts
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
The Bittersweet Home Bakery @azlina_gani
for INFO or ORDER Please contact us via Whatsapp  012 361 4741 (Selangor, MALAYSIA)
facebook Page Twitter Gplus RSS Facebook Twitter Flickr Linkedin Gplus Youtube

The Bittersweet

Home Bakery by Azlina Gani

Copyright (c) 2015 azlinaganibittersweet . Designed By Sora Templates and My Blogger Themes. Powered by Blogger.