APAM SUSU KUKUS
200 g gula caster
4 biji telur gred A
1 sudu besar Ovallete ( * tak letak pun tak apa )
1 sudu teh esen vanilla
4 - 5 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
210 g superfine flour atau tepung gandum ( diayak )
pewarna yang digemari
Boleh tambahkan perasa ( jika perlu )
Panaskan periuk kukus dahulu sebelum mulakan proses membuat apam.
1) Satukan gula caster, telur, esen vanilla dan ovallete.
2) Pukul sampai kembang dan putih ( anggaran dalam 10 minit ke 15 minit ) bergantung pada kelajuan mixer yang digunakan.
3) Selepas itu masukkan 4 sudu besar susu pekat manis, pukul adunan. Masukkan pula 4 sudu besar minyak jagung, pukul lagi adunan.
4) Akhir sekali masukkan tepung gandum/tepung superfine yang telah diayak. Pukul adunan hingga rata.
5) Bahagikan adunan pada tiga atau empat bahagian dan masukkan pewarna yang digemari.
6) Sediakan loyang bulat saiz 8 inchi dan griskan loyang dengan mentega.
7) Tuangkan adunan berselang seli warna.
8) Tutup loyang dengan aluminium foil supaya wap air tidak jatuh atas apam.
9) Kukus dalam periuk kukus yang telah mendidih airnya selama 45 minit - 1 jam.
10) Angkat apam setelah masak, potong apabila apam telah sejuk.
0 comments