Ais Krim Oh Ais Krim!....
Semestinya menjadi pujaan hati anak-anak kecil. Selalunya kalau nak makan ais krim, mesti cari kat BR.. kat situ layan habisss ais krimmm...
Saya memang teringin nak buat ais krim "homemade". Ada yang kata perlu letak telur, ada yang kata perlu letak ovalette.. Ohhhh...
Saya google di you tube.... cari punya cari, ada banyak video yang ajar cara-cara buat ais krim dengan mudah. Hanya guna 3 bahan sahaja : Susu pekat manis, serbuk koko dan juga whipping cream.. Dah cuba buat, dan hasilnya boleh la... rasa coklat tu macam kurang sedikit...
Resepi di bawah ini adalah hasil dari eksperimen yang saya buat, hahaha...dah rasa macam di 'lab' pulak..rindunya nak masuk 'lab'...
Chocolate Peanut Butter Ice Cream
60 g coklat masakan ( cooking chocolate )
90 g coklat masakan gelap ( dark cooking chocolate )
210 g susu pekat manis ( condensed milk )
3 sudu besar serbuk koko ( cocoa powder )
1 sudu besar sebuk koko gelap ( dark cocoa powder )
280 ml Non-Dairy Whipping Cream
300 g - 400 g peanut butter kasar dan halus
Cara-caranya :
1) Cairkan coklat masakan ( coklat dan gelap ) - cairkan dengan gunakan kaedah 'double boiler' ya...
2) Tambahkan serbuk koko ( coklat dan gelap) dan juga susu pekat manis ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
3) Kacau hingga sebati.
4) Masukkan Non-Dairy Whipping Cream ke dalam bekas stand-mixer ( boleh juga gunakan hand-mixer ).
5) Pukul Non-Dairy Whipping cream sehingga kental dan terbentuk 'soft peaks'.
6) Masukkan sedikit whipping cream (yang telah dipukul) ke dalam adunan coklat masakan.
7) Kacau hingga sebati.
8) Tuangkan adunan ke dalam baki whipping cream (yang ada dalam bekas stand mixer).
9) Kacau hingga rata dan sebati.
10) Boleh tambahkan peanut butter (halus/kasar) jika anda suka.
11) Simpan dalam bekas dan letakkannya di dalam freezer sekurang-kurangnya selama 6 jam atau semalaman jika nak ais krim jadi lebih keras dan lebih sedap lagi bila dimakan.
'ILMU itu adalah MILIK ALLAH'
Bb nak cubaaa.. Yeayyy tq kak ina
ReplyDelete