Oh! Indulgence cake....
Pertama kali buat kek Strawberry Hershey's Choc Indulgence ni. Banyak step dan memang renyah sangat-sangat. Syukur Alhamdulillah, walaupun rupa parasnya dan jugak rasanya tak berapa nak serupa dgn Choc Indulgence SR...tapi mungkin ada rasa sikit-sikit kot. Dan yang pasti, anak-anak saya suka.. suami terchenta pun suka jugakk.
Idea utk buat kek Strawberry Choc Indulgence ni timbul bila saya terlihat gambar kek yg "mengancam" ni di blog kak azlita masam manis www.azlitamasammanis.com . Mesti ramai yang dah kenal dengan kak azlita ni kan.. So, silalah intai-intai resepi ni di blog kak azlita ni ye!
Untuk kek Strawberry Hershey's Choc Indulgence ni, saya ubah resepinya ikut citarasa saya dan juga citarasa anak-anak saya. Anak-anak saya sangat gemarkan kek coklat!
STRAWBERRY HERSHEY'S CHOC INDULGENCE
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 4 keping Hershey's Choc Cake : anda boleh cuba resepinya di website HERSHEY'S Kitchens
2) Chocolate Cream Cheese
3) Strawberry Cream Cheese
4) Belgian Choc Ganache
5) Dark Chocolate Ganache for glazing cake
6) White Choc Ganache for glazing cake
Untuk Hershey's Choc Cake di atas ni, saya gunakan loyang kek bersaiz 7 inchi sebanyak 4 loyang kerana tak perlu potong 4 lapisan selepas dibakar.
Tipsnya : Untuk mendapatkan permukaan kek yang tidak merekah di atasnya, pastikan suhu pembakaran kek tidak terlalu tinggi.. anggaran lebih kurang 130C - 140C selama 15 ke 20 minit ( bergantung pada oven masing-masing ya.. )
Di sini saya kongsikan resepi :
- Chocolate Cream Cheese
- Strawberry Cream Cheese
- Belgian Choc Ganache
- Dark Choc Ganache dan White Choc Ganache utk glaze dan drizzle atas cake.. ( jgn marah ye.. campur omputih sikit2).
Chocolate Cream Cheese
175 g gula aising ( diayak )
30 g Hershey's Cocoa Powder ( Natural Unsweetened )
250 g Cream Cheese ( saya guna : Tatura Cream Cheese )
125 g Salted Butter
1 sudu teh esen vanilla
1) Dalam bekas pemutar, pukul cream cheese dan salted butter. Pastikan kedua-duanya berada pada suhu bilik ( room temperature ).
2) Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
3) Masukkan cocoa powder yang telah diayak dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya!
4) Masukkan pula gula aising yang telah diayak dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya! Bila adunan dah sebati, baru tukarkan kelajuan mixer ke sederhana atau tinggi..
Strawberry Cream Cheese
100 g gula aising ( diayak )
135 g Yogurt Strawberry ( Low fat yogurt )
Beberapa biji buah Strawberry ( dihancurkan dan dilenyek-lenyekkan ) - optional
250 g Cream Cheese ( saya guna : Tatura Cream Cheese )
125 g Salted Butter
1 sudu teh esen vanilla
1) Dalam bekas pemutar, pukul cream cheese dan salted butter. Pastikan kedua-duanya berada pada suhu bilik ( room temperature ).
2) Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
3) Masukkan yogurt strawberry dan buah strawberry ( yang telah hancur )dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya!
4) Masukkan pula gula aising yang telah diayak dan putar lagi menggunakan kelajuan mixer yang rendah dahulu ya! Bila adunan dah sebati, baru tukarkan kelajuan mixer ke sederhana atau tinggi..
Proses untuk layer kek :
Setiap adunan krim di bahagikan 2 bahagian untuk setiap lapisan
1) Ambil sedikit choc cream cheese dan ratakan pada papan lapik kek
2) Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas papan lapik kek
3) Letakkan separuh bahagian strawberry cream cheese
4) Dan ratakan
5) Ambil sekeping kek coklat dan letakkan atas strawberry cream cheese yang telah diratakan tadi
6) Letakkan 1/2 bahagian choc cream cheese dan ratakan
7) Letakkan 1 lapis lagi kek coklat, letakkan baki strawberry cream cheese dan ratakan
8) Letakkan kek coklat yang terakhir
9) Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dengan baki choc
cream cheese hingga rata ke seluruh kek, kemaskan.
Kek yang telah di salut krim ini di simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang selama 8 jam untuk mendapatkan hasil kek yang cantik bila di potong nanti.
Bila kek dah siap, bolehlah kita siapkan Chocolate Ganache untuk di salutkan pada bahagian luar kek.
Belgian Chocolate Ganache
250 g krim ( Whipping Cream 35% fat )
400 g Belgian Chocolate (Belgian Choc + Belgian Dark Choc)
30 g mentega
1 sudu besar Nutella - optional
sedikit Organic Salt atau Organic Sea Salt - optional
1) Didihkan krim hingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
2) Tuangkan ke dalam bekas yang berisi Belgian Coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.
3) Masukkan mentega dan gaul sempurna
4) Tambahkan Nutella jika ingin rasa ganache yang lebih enak.
5) Boleh juga taburkan sedikit organic salt atau sea salt - optional
6) Sejukkan.
Kek yang telah set (yang telah disimpan semalaman di dalam peti ais atau paling kurang selama 8 jam), disalut dengan Belgian Choc Ganache menggunakan teknik sapuan seperti gambar di atas.
Pastikan Choc Ganache tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat atau keras untuk memudahkan anda melakukan proses melepa kek (salut kek)..
Anda juga kena pastikan kek anda betul-betul keras ( semalaman di dalam peti ais) supaya bila anda sapukan Choc Ganache, krim di dalam kek tidak mengikut atau tertarik keluar.
Salut kek hingga mendapat permukaan yang licin. Selepas itu simpan semula kek di dalam peti ais selama 30 minit - 1 jam sebelum kek di dekorasi dengan kreativiti masing-masing.
Dark Chocolate Ganache for glazing cake
100 g krim ( Whipping Cream 35% fat )
60 g dark chocolate ( coklat gelap )
5 g mentega
1) Didihkan krim hingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
2) Tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat gelap.
3) Kacau rata sehingga coklat larut sepenuhnya.
4) Tambahkan mentega.
5) kacau hingga adunan licin dan berkilat
6) Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan coklat ganache terlebih dahulu ( Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik ).
White Chocolate Ganache for glazing cake
90 g krim ( Whipping Cream 35% fat )
40 g white chocolate ( coklat putih )
4 g mentega
1) Didihkan krim hingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
2) Tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat putih.
3) Kacau rata sehingga coklat larut sepenuhnya.
4) Tambahkan mentega.
5) kacau hingga adunan licin dan berkilat
6) Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan coklat ganache terlebih dahulu ( Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik ).
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh WhatsApp sahaja di 012-361 4741 .
Tempahan hanya untuk kawasan sekitar Lembah Klang/ Shah Alam sahaja.
Tiada servis penghantaran. Tempahan boleh dibuat 2 minggu awal..
Ya Allah syoknya tgk kreativiti akk ni, sedapNya, tgk pun dah nak nanges hihihi
ReplyDelete